"
The City That Never Sleeps
Assalamualaikum. Syamimi Azrudin typing here. Please leave your message after the reading. *beep* Warning. Weirdo typing.




posted : Saturday, 21 July 2012
title : Ramadhan = panas yang membakar.
(Jangan salahkan aku sebab dia eja 'while' salah. Blame google image.)

Baca title blog pon dah rasa dahaga dah kat tengkok nih. Aduhai. Tadi aku pi la mall yang berdekatan dengan rumah aku ni (Alor Star Mall).

Ibu : Jom sat mimi. Ibu nak p beli sabun baju sabun badan, etc.

Aku: *dengan bersemangatnya* JOM!

Aku pon jalan laaaa dekat tepi FOOD COURT tu. Dengan nasi lemak la, fishball tu fishball ni la, pastu nampak sorang budak dengan muka innocent dia dok minum air vitagen apple.

Aku pon tahan la nafsu. Jalan jalan dan jalan lagi. Nampak pulak Cool Blog punya stand kat tepi Watson. Depa dok iklan air yang terbaru. Aku pon kataaaa laaa dalam hati.

"Heiii. Naseb baik laaa toke mall ni letak aircond. Kalau dak, aku bawak mini aircond mai pasang kot tak pasai."

Aku tahan lagi. Maiiii pulak dugaan lagi satu. Aku nampak georgetown. (kedai makan. Ya. Hampa semua mesti terfikir pasai OLDTOWN.) Memang favourite food aku kat situ ialah KOEYTEOW GORENG dia. Tolong jangan pertikaikan aku eja koeeeyteeoow macam mana. Excuse me, kueyyteow tu mai dari perkataan Chinese okeh.

AAHHHH!!! Aku dah tak tahan dengan nafsu-nafsu ni. Dengan niat nak menenangkan diri aku, aku pon pi la FOS dekat Alor Star Mall tu. (Ya. FOS dah wujud di Alor Star)

Tenang pon hati aku. Baca ayat quran boleh tenangkan jugak. Apparently, aku tak buat pon. Alasan: Aku tak bawak Yassin.

Haha. By the way, Selamat berpuasa to all. =) Nah. Aku buat pantun kot.

Main sini, main sana,
Bukak fb main tag,
Niat dalam hati nak berpuasa,
Last skali, tangan penuh beg!

Memang betoi kan statement aku. Haha.

Selamat berpuasa dan beribadat dalam bulan yang suci ini, Ramadhan!