"
The City That Never Sleeps
Assalamualaikum. Syamimi Azrudin typing here. Please leave your message after the reading. *beep* Warning. Weirdo typing.




posted : Tuesday 13 March 2012
title : Isu masalah dunia!!!
"Hei...Apa nak jadi la budak2 zaman sekarang.Keja dok terperap dalam rumah main PSP lah apa lah...Kita dulu2 mana ada teknologi macam tu.Sebab tu lah kita main game2 yang outdoor.Macam teng2 batu seremban.." Itulah kata2 orang dewasa skarang. Aku tau tajuk kat atas tu memang over reactinglah kan. Tapi memang betoi pon. Walaupon aku sendiri still budak 12 tahun, memang aku sendiri akui budak2 sekarang memang macam tu. Aku bukannya nak kata kat orang yang ada gadget2 ni nah. Tolong jangan ungkit masalah. Aku cuma nak katakan kat budak2 yang terlalu obes dengan benda2 ni. Eh, sori. OBSES.

Masalah permata ialah, eh. Pertama. takpa2. kita teruskan ya.

Sesetengah mak bapak sekarang pon masalah jugak. Anak mintak apa pon main bagi ja..Pikiaq la dulu..ya? Jngan dengaq sngat cakap anak2. (wah, aku ni 12 tahun ka 20...) Mengikut cerita Cik Nur Syaza Azrudin dan Encik Muhammad Azrul Hafeez iaitu kakak dan abang aku, ibu sangatlah garang dulu. Kalau abang balik lewat daripada 7 malam, toto dan bantal telah pon disediakan oleh ibu dekat luar. Tunggulah sampai aruah abah dulu balik dari kerja...Kak ngah pula mengatakan bahawa dulu, ibu kurung dalam bilik suroh hafal sifir dulu, baru boleh makan dan tengok tv. WAU. Tapi semua tu ada sebabnya..Mestilah ibu nk ajaq menjadi orang yang berguna dalam dunia ni..(Actually, ada lagi macam2 cerita waktu zaman Cik Syaida Azrudin dulu iaitu kakak kedua. Tapi takot sampai 2 page pulak nanti)

Masalah kedua pula ialah budak2 tersebut sendiri lah kan?

Hoi. Hampa cuba la explore the outside world skit. Dok dalam rumah 24 jam ja. Kadang2 aku tngok jadi macam Edward dalam twilight la pulak. Kluaq2 rumah, kena matahari, kulit terbakaq. Eh, Edward kulit bersinar! Lupa pulak. Vampire lah senang kata. Ish, kluaq topik pulak. Senang kata, janganlah jadi macam ni. Otak hampa dah terputus wayar dah tu.


Anyway, aku lupa nak thank you kat post yang awai tu. I want to say thank you to Qistina Abdul Jamal for helping me creating this blog! And also to my sister, Syaza Azrudin sebab aku blajaq tulis blog daripada blog dia! So try2 lah tengok blog2 depa ni.

Qistina : www.ninagreysonsweet.blogspot.com

Syaza Azrudin : http://www.littleblacktrain.blogspot.com/